Thursday, September 16, 2010

Coyle: Arsene Wenger talam dua muka


Arsene Wenger dituduh talam dua muka pagi tadi oleh pengurus Bolton Owen Coyle

Wenger mengkritik penjaga gol Bolton Paul Robinson empat hari selepas insiden itu.

Coyle membalas ''Saya menghantar pesanan ringkas pada Arsene selepas perlawanan itu dengan meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa dengannya selepas perlawanan dan dia membalas bahawa kami adalah pasukan yang baik.''

Pada hari Rabu pula Wenger memberitahu media Paul Robinson sepatutnya dilayangkan kad merah sewaktu perlawanan mereka menentang Bolton dimana Arsenal menang 4-1.

Coyle menambah ''Saya faham jika orang mengeluh selepas perlawanan tetapi jika saya ada dipadang waktu itu Wenger sepatutnya berjumpa dengan saya.Jika dia mahu menceritakan perkara yang telah terjadi cuba lihat tackle pada Mark Davies yang dilakukan William Gallas musim lepas.''



RB Salzburg 0 Manchester City 2


Manchester City dihadiahkan dua gol oleh 'Silva'

Manchester City yang juga kelab paling banyak berbelanja untuk membeli bintang-bintang baru tidak mengecewakan peminat dengan menghadiahkan dua gol hasil jaringan David Silva dan Jo-dengan nama penuh Joao Alves de Assis Silva.

Peminat mengharapkan David Silva dapat menyesuaikan diri dengan secepat mungkin dalam kancah liga Inggeris yang lebih fizikal.

Salzburg, yang memenangi setiap perlawanan dalam kumpulan dalam liga europa musim lepas cuba membalas.

Tetapi mereka berdepan pertahanan City yang hanya bolos 1 gol dari 6 perlawanan mereka dengan cara permainan 'open-play' mereka.

Kapten baru City Carlos Tevez tidak mengecewakan dengan 2 rembatan yang berjaya ditampan oleh penjaga gol Salzburg Gerhard Tremmel.Namun hasil rembatan jarak jauh dari Tevez yang ditepis oleh Tremmel membolehkan Jo menyambut bola muntahan itu untuk menjaringkan gol kedua City.

Liverpool 4 Bucharest 1


Joe Cole menjaringkan antara gol terpantas Liverpool

10 Saat: Jack Balmer v Everton at Goodison Park,1938.

25 Saat: Joe Cole v Steaua Bucharest di Anfield pagi tadi.

45 Saat: John Arne Riise v Chelsea at Cardiff,2005 Carling Cup final.


Kareer Joe Cole di Liverpool yang ditunda akibat layangan kad merah awal musim tidak menghampakan apabila berjaya mencuri bola dari hantaran kebelakang dari Octavian Abduran.


Cole berkata ''Adalah mengecewakan apabila tidak bermain hampir sebulan tetapi saya gembira bila dapat menjaringkan gol malam ini.''


Cole yang dilayangkan kad merah sewaktu perlawanan pembukaan menentang Arsenal membalas dengan menjaringkan gol terpantas bagi perlawan liga europa di Anfield pagi tadi.


''Kita perlu menang perlawanan di Anfield, dan kemenangan ini amat penting.''


Pengurus Liverpool Roy Hudgson begitu gembira dengan permainan yang ditunjukkan oleh Joe Cole.Hudgson yang juga telah membuat lapan pertukaran dan mengetepikan Steven Gerrard dan Fernando Torres berkata ''Kita tidak boleh mengharapkan Gerrard dan Torres untuk bermain setiap minggu, mereka perlu direhatkan.''


Dua gol dari David Ngog,satu dari sepakan penalti,dan rembatan dari 18meter oleh Lucas membalas gol penyamaan yang dijaringkan Christian Tanase pada minit 13.


Liverpool mengharapkan momentum persembahan pagi tadi berlarutan bagi bertemu Manchaster United pada hari Ahad ini.




Wednesday, September 15, 2010

MSK Zilina 1 Chelsea 4


Carlo Ancelotti menyatakan 'fantastic' pada dua jaringan minit ke 24 dan 28 dari Nicolas Anelka

Michael Essien dan pemain muda Daniel Sturridge juga tersenarai dalam penjaring gol pada malam itu menjadikan gol Chelsea mencecah 21 dalam 5 perlawanan!

Pengurus dari Itali itu berkata ''Nicolas adalah kunci kejayaan pada malam ini.Dia mencipta ruang,peluang dan bermain dengan 'fantastic'.

Dia boleh bermain di bahagian hadapan dan ada masa diturunkan untuk bermain di bahagian tepi dan tengah.Dia bermain dengan baik dimana pun dia diletakkan.

Setiap perlawanan Liga Juara Eropah adalah perlawanan yang sukar.Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama tetapi separuh masa kedua adalah berlainan.

Zilina memberikan sedikit tekanan pada pemain pertahanan kami bermula babak kedua, tetapi pemain pertahanan kami juga memberikan respon yang baik.''

Arsenal 6 Braga 0


Arsenal Bermula Garang Dalam Liga Juara Eropah

Barisan pemain Arsene Wenger rata-rata dari barisan pemain Carling Cup yang diturunkan untuk memalukan Braga.Fabregas yang dilanda kontroversi perpindahan ke Barcelona sebelum musim BPL bermula tidak menghampakan dengan jaringan 2 gol.

Marouane Chamakh dan Andrey Arshavin menambah dengan dua jaringan menjadikan 4-0 sebelum Vela menambah dua lagi gol mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 6-0

Alan Smith : Saya tahu apa yang dilalui Antonio Valencia


Kareer Alan Smith di Manchester United musnah oleh kecederaan

Alan Smith mengeluh di stadium sewaktu melihat secara langsung, Antonio Valencia dijatuhkan oleh pemain Rangers Kirk Broadfoot,di mana Valencia mengalami kecederaan serius pada pergelangan kaki kirinya.Kejadian itu mengingatkan Smith tentang nasib yang serupa dialaminya 4tahun lepas.Smith direhatkan selama 8bulan akibat kecederaan yang hampir serupa.

Smith,29,berkata "Berminggu-minggu dengan tidak melakukan apa-apa,dan hari yang panjang berjumpa pakar,dengan bantuan physio digym untuk membina kembali kekuatan kaki,selepas melalui semua itu barulah boleh berfikir untuk kembali bermain bola.''

Pemain tengah Newcastle United itu juga berkata,''Keinginan untuk bermain semula yang menjadi semangat untuk meneruskan hari yang mendatang.Manchester United mempunyai pakar perubatan yang terbaik dan saya tidak risau dengan Valencia.

Valencia tidak akan keseorangan.Sewaktu saya cedera saya mendapat banyak mesej dari peminat dan saya pasti Valencia juga akan ditemani sokongan-sokongan mereka.

Saya simpati dengan Valencia dan berharap dia akan kembali bermain pada masa akan datang.''

ROY Hudgson : Diam Jamie!





Roy Hudgson memberikan reaksi atas ulasan Jamie Redknapp terhadap Torres

Bekas pemain tengah liverpool Jamie Redknapp telah mengkritik permainan Torres pada Ahad lepas di mana kelab itu seri 0-0 dengan Birmingham dengan menyatakan bahawa Torres kelihatan seperti tidak bersemangat untuk bermain pada hari itu.

Tetapi pengurus kelab Liverpool itu membalas ''Untuk menilai karakter seseorang dengan hanya melihat pemain itu bermain 90 minit adalah salah,anda mungkin seorang psikiatri yang 'terlalu hebat'.Saya sendiri pun tidak tahu apa yang difikirkan pemain sewaktu mereka bermain.Beliau dianggap wira minggu lepas sewaktu menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang West Brom dan minggu ini pula dikritik.Perkara begini sering terjadi dalam bolasepak.Tahap mental fernando berada pada tahap yang baik.Dia juga fokus dan komited untuk musim ini.''

Disebalik sokongannya pada Torres,Hudgson dijangka tidak akan menurunkan pemain itu pada perlawanan pembukaan Liga Europa malam ini bagi menentang Steaua Bucharest.

Archive blog