Thursday, September 16, 2010

Coyle: Arsene Wenger talam dua muka


Arsene Wenger dituduh talam dua muka pagi tadi oleh pengurus Bolton Owen Coyle

Wenger mengkritik penjaga gol Bolton Paul Robinson empat hari selepas insiden itu.

Coyle membalas ''Saya menghantar pesanan ringkas pada Arsene selepas perlawanan itu dengan meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa dengannya selepas perlawanan dan dia membalas bahawa kami adalah pasukan yang baik.''

Pada hari Rabu pula Wenger memberitahu media Paul Robinson sepatutnya dilayangkan kad merah sewaktu perlawanan mereka menentang Bolton dimana Arsenal menang 4-1.

Coyle menambah ''Saya faham jika orang mengeluh selepas perlawanan tetapi jika saya ada dipadang waktu itu Wenger sepatutnya berjumpa dengan saya.Jika dia mahu menceritakan perkara yang telah terjadi cuba lihat tackle pada Mark Davies yang dilakukan William Gallas musim lepas.''



No comments:

Post a Comment

Archive blog