Wednesday, September 15, 2010

Alan Smith : Saya tahu apa yang dilalui Antonio Valencia


Kareer Alan Smith di Manchester United musnah oleh kecederaan

Alan Smith mengeluh di stadium sewaktu melihat secara langsung, Antonio Valencia dijatuhkan oleh pemain Rangers Kirk Broadfoot,di mana Valencia mengalami kecederaan serius pada pergelangan kaki kirinya.Kejadian itu mengingatkan Smith tentang nasib yang serupa dialaminya 4tahun lepas.Smith direhatkan selama 8bulan akibat kecederaan yang hampir serupa.

Smith,29,berkata "Berminggu-minggu dengan tidak melakukan apa-apa,dan hari yang panjang berjumpa pakar,dengan bantuan physio digym untuk membina kembali kekuatan kaki,selepas melalui semua itu barulah boleh berfikir untuk kembali bermain bola.''

Pemain tengah Newcastle United itu juga berkata,''Keinginan untuk bermain semula yang menjadi semangat untuk meneruskan hari yang mendatang.Manchester United mempunyai pakar perubatan yang terbaik dan saya tidak risau dengan Valencia.

Valencia tidak akan keseorangan.Sewaktu saya cedera saya mendapat banyak mesej dari peminat dan saya pasti Valencia juga akan ditemani sokongan-sokongan mereka.

Saya simpati dengan Valencia dan berharap dia akan kembali bermain pada masa akan datang.''

No comments:

Post a Comment

Archive blog