Wednesday, September 15, 2010

ROY Hudgson : Diam Jamie!





Roy Hudgson memberikan reaksi atas ulasan Jamie Redknapp terhadap Torres

Bekas pemain tengah liverpool Jamie Redknapp telah mengkritik permainan Torres pada Ahad lepas di mana kelab itu seri 0-0 dengan Birmingham dengan menyatakan bahawa Torres kelihatan seperti tidak bersemangat untuk bermain pada hari itu.

Tetapi pengurus kelab Liverpool itu membalas ''Untuk menilai karakter seseorang dengan hanya melihat pemain itu bermain 90 minit adalah salah,anda mungkin seorang psikiatri yang 'terlalu hebat'.Saya sendiri pun tidak tahu apa yang difikirkan pemain sewaktu mereka bermain.Beliau dianggap wira minggu lepas sewaktu menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang West Brom dan minggu ini pula dikritik.Perkara begini sering terjadi dalam bolasepak.Tahap mental fernando berada pada tahap yang baik.Dia juga fokus dan komited untuk musim ini.''

Disebalik sokongannya pada Torres,Hudgson dijangka tidak akan menurunkan pemain itu pada perlawanan pembukaan Liga Europa malam ini bagi menentang Steaua Bucharest.

No comments:

Post a Comment

Archive blog